Pelakon Red Cliff

Pelakon asal yang diganti

  • Tony Leung Chiu-Wai pada asalnya dipilih untuk melakonkan watak Zhuge Liang. Namun, dengan alasan masalah kesihatan dan juga keletihan daripada berlakon dalam filem Lust, Caution, beliau menarik diri daripada filem berkenaan.[5] Penerbit Terence Chang berkata peruntukan kewangan untuk filem tersebut tidak dipengaruhi oleh perubahan berkenaan.[2]
  • Ken Watanabe pada asalnya dipilih untuk watak Cao Cao.[6] Namun, berdasarkan laporan, beberapa peminat China membantah pilihan tersebut atas alasan bahawa pelakon Jepun kurang sesuai untuk melakonkan watak sejarah negara China. Laporan berkenaan juga mendakwa bahawa bantahan-bantahan tersebut telah mempengaruhi keputusan pengarah John Woo yang pada akhirnya, memilih Zhang Fengyi untuk watak tersebut.[7]
  • Chow Yun-Fat pada asalnya dipilih untuk watak Zhou Yu dan juga pernah dipertimbangkan untuk watak Liu Bei. Bagaimanapun, beliau menarik diri pada 13 April, 2007, apabila pelakonan filem tersebut baru hendak bermula. Chow menerangkan bahawa beliau menerima skrip yang dikaji semula seminggu lebih awal dan tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia, tetapi penerbit Terence Chang menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerjasama dengan Chow agak rumit kerana penginsurans filem tersebut dari Hollywood membantah 73 klausa dalam kontrak Chow.[8] Chow kemudian diganti oleh Tony Leung Chiu-Wai yang sebelum ini menolak watak Zhuge Liang.[9][10] Bagaimanapun, terdapat juga khabar angin bahawa Chow mungkin muncul sebagai pelakon sampingan dalam filem tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Red Cliff http://news.china.com.cn/chinanet/china.cgi?docid=... http://ent.sina.com.cn/m/c/2007-02-08/10191443070.... http://english.cri.cn/3086/2007/02/09/63@194602.ht... http://www.imdb.com/title/tt0425637/ http://www.variety.com/article/VR1117963410.html?c... http://www.variety.com/article/VR1117988531.html http://www.variety.com/index.asp?layout=features20... http://www.wral.com/entertainment/story/1277003/ http://film.guardian.co.uk/news/story/0,,2040073,0... http://www.guardian.co.uk/china/story/0,,2061751,0...